Wednesday, September 26, 2012

Tok Gajah belum selamat


PEMAIN LionsXII, Shahdan Sulaiman (tengah) diasak oleh Azamuddin Akil pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - UTUSAN/ RUSHDI SALLEH

KUANTAN - Pahang membawa kelebihan tipis ke Stadium Jalan Besar pada 2 Oktober depan apabila menjinakkan LionsXII 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Skuad Tok Gajah memberikan amaran awal kepada pelawat apabila menggegar jaring pelawat pada minit kesembilan apabila Mohd. Fauzi Roslan merembat kencang sebelum ditepis keluar penjaga gol LionsXII FC, Izwan Mahbud dan bola bergolek masuk ke dalam gawang walaupun cuba ditolak oleh penyerang import, Maycon Carvalho.

Biarpun mencipta banyak peluang di hadapan pintu gol lawan namun barisan serangan pasukan tuan rumah yang diketuai oleh Maycon gagal menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Izwan Mahbud yang beraksi cemerlang menggagalkan percubaan Pahang.

Namun salah faham antara ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar dan penjaga gol, Wan Azraei Wan Teh memberikan gol penyamaan kepada LionsXII apabila Jalaluddin tertanduk bola ke dalam gawang sendiri apabila Wan Azraei belum berada dalam posisi bersedia menerima hantaran.

Cubaan Tok Gajah pada minit ke-73 oleh Hafiz Kamal juga tidak menemui sasaran selepas bola percubaannya melambung tinggi, hasil lorongan Boris Kochkin.

Namun Hafiz menebus kehampaan tiga minit kemudian dan menceriakan kira-kira 15,000 penonton setia Pahang dengan gol kemenangan menerusi tendangan kencang dari sebelah kiri gol yang gagal ditampan keluar oleh Izwan yang terkeliru dengan pergerakan pemain gantian, Mohd Faizol Hussain


Sumber : Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review