Showing posts with label Kisah Pelik. Show all posts
Showing posts with label Kisah Pelik. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Ketaksuban wanita cantik bak boneka


RAMBUTNYA panjang mengurai dan berwarna merah terang. Sepasang matanya tampak besar hasil teknik solekan yang menggunakan penggaris mata hitam manakala anak matanya bundar dengan kanta lekap warna ungu. Rias wajahnya tidak ubah seperti watak animasi Jepun apatah lagi memiliki badan langsing dan pinggang ramping.
Sekali pandang pasti ramai menyangka gadis bernama Anastasiya Shpagina, 19, mahu menyertai Cosplay iaitu festival kostum yang diadaptasi daripada komik manga, animasi TV atau permainan video. Festival itu sememangnya popular di Jepun.
Hakikatnya, itulah rupa dan penampilan terkini Anastasiya. Disebabkan terlalu meminati koleksi filem animasi Jepun atau anime, Anastasiya sanggup menjalani pembedahan plastik pada mata dan mengurangkan berat badannya sehingga 38 kilogram (kg). 
Bagi mengekalkan pesona watak anime pada dirinya, Anastasiya dengan ketinggian 157 sentimeter sanggup menjalani rejim diet yang ketat dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk merias wajah.
Penampilannya bak anime Jepun telah mencetuskan fenomena baharu di Ukraine walaupun ia bukanlah situasi pertama di negara tersebut. Namanya mula meniti dalam kalangan masyarakat tempatan dan turut menjadi bualan golongan remaja di Jepun sehingga peminatnya di Negara Matahari terbit menggelarnya dengan nama Jepun, Fukkacumi.
Namun perubahan sosok tubuh dan wajah Anastasiya mencetuskan perdebatan dalam blog dan laman sosial. Menerusi portal doubtfulnews.com, seorang pengguna yang bernama Molly menyifatkan semua wanita berhak untuk cantik dan kelihatan anggun seperti selebriti tetapi jangan sampai memudaratkan diri.
"Saya fikir tindakan Anastasiya berpenampilan bak anime Jepun membahayakan kesihatan terutamanya berat badannya tinggal 38 kilogram dan ukuran pinggangnya yang terlalu kecil tidak sesuai dengan tubuhnya.
"Bagi mendapatkan bentuk pinggang sebegitu dia terpaksa berdiet dan memakai bengkung yang ketat dalam tempoh yang panjang. Sebagai remaja, saya fikir Anastasiya tidak wajar menyiksa diri dengan memakai bengkung kerana ia boleh menjejaskan abdomennya," komen Molly.

Selain Anastasiya, kebanyakan wanita di negara itu sentiasa mendambakan wajah dan tubuh badan yang menawan.
Mereka akan bersaing sesama sendiri dan sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak terutamanya dalam proses pembedahan plastik. Sehubungan itu, majalah kembara, Traveler Digest pernah menyenaraikan Ukraine dan Rusia lima negara yang memiliki wanita cantik dan anggun.

Jika Anastasiya popular dengan panggilan anime bernyawa, Valeria Lukyanova, 26, pula digelar anak patung Barbie hidup. Rupa dan bentuk badannya salin tak tumpah seperti boneka keluaran Mattel tersebut.
Gadis setinggi 171 sentimeter (sm) itu memiliki rambut perang panjang mengurai paras pinggang, sepasang kaki yang panjang, buah dada yang menonjol dan mempunyai pinggang ramping.

Muncul dengan penampilan sedemikian telah menyebabkan nama Valeria yang turut mempunyai sepasang mata kosong seperti Barbie popular di media cetak dan media elektronik. Dia kerap diundang ke program bual bicara yang mengupas topik pembedahan plastik dan obses cantik bak boneka. Ini termasuklah menjadi bualan hangat dalam laman sosial, blog dan forum.

MENAFIKAN

Ramai pihak yang mengkritik tindakan Valeria yang dianggap keterlaluan dan bodoh kerana untuk kelihatan cantik seperti Barbie memerlukannya menjalani pembedahan plastik secara holistik.

Pada masa yang sama, kebanyakan pakar pembedahan plastik menganggarkan sekurang-kurangnya Valeria telah menghabiskan wang sebanyak AS$100,000 (RM305,100) bagi mendapatkan hasil yang diingini.
Namun graduan jurusan arkitek dan binaan dari Odessa State Academy, Ukraine itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia melakukan pembedahan plastik yang melampau.

"Saya kesal apabila orang ramai asyik mempertikaikan penampilan saya. Mereka kerap bertanyakan kos dan keadaan saya selepas menjalani pembedahan plastik sedangkan kecantikan yang dimiliki ini ialah semula jadi.
"Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik sebaliknya menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan menikmati makanan yang seimbang. Kesungguhan saya untuk cantik sangat tinggi dan saya seorang yang berdisiplin," ujar gadis yang memiliki anak mata berwarna kelabu.

Bagaimanapun, untuk meniru seperti Barbie dia memakai kanta lekap rona biru dan bersolek selama sejam.
Sama seperti wanita lain, Valeria juga sibuk dengan karier dan tugasan harian. Selain menyanyi, dia juga aktif menulis lagu berunsurkan kerohanian.

SURGERI PLASTIK

"Setakat ini saya sudah menulis 70 buah lagu dan akan tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Saya memiliki vokal yang besar dan boleh menyanyi soprano," ujar Valeria yang gemar menyarungkan pakaian seksi.

Mengulas lanjut mengenai isu pembedahan plastik yang semakin berleluasa pada hari ini, Dr. David Mosier yang merupakan ahli Persatuan Pembedahan Plastik Amerika (ASPS) menyatakan proses tersebut menjadi pilihan golongan wanita berbanding lelaki.

Tertekan dek sikap masyarakat yang lebih meminati dan menghargai individu yang cantik telah menyebabkan 80 peratus golongan wanita muda bertekad menjalani pembedahan plastik.

"Mereka menyifatkan keyakinan diri akan wujud apabila memiliki fizikal menawan. Atas faktor itu mereka sanggup berbelanja tinggi semata-mata untuk mengubah wajah dan bentuk badan agar tampil sempurna. Lazimnya golongan ini obses meniru kecantikan selebriti dan boneka.

"Fenomena ini mempamerkan bahawa pembedahan kosmetik membantu orang ramai berasa yakin di khalayak. Padahal ia bukanlah pilihan terbaik bagi jangka masa panjang. Ini disebabkan hari demi hari mereka akan ketagih untuk melakukan lebih banyak pembedahan apabila teruja melihat hasil kecantikan pada fasa pertama," jelas Mosier yang turut menjelaskan tentang risiko dan kesan sampingan akibat pembedahan plastik.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh ASPS pada tahun 2007, satu pertiga daripada pesakit yang melakukan pembedahan plastik menderita komplikasi yang sukar diubati. Selain jangkitan, parut kekal dan pendarahan serius ada kemungkinan mereka berhadapan dengan kematian.
Menurut Mosier, salah seorang pesakitnya Lorraine Batt, 36, mati semasa menjalani pembedahan plastik abdominoplasti iaitu prosedur mengepil kulit perut berlebihan.

"Jika komplikasi kecil pakar mungkin dapat memberikan rawatan sewajarnya, namun apa yang membimbangkan jika pesakit mengalami jangkitan serius yang boleh membawa maut.

"Antaranya pesakit mungkin berhadapan dengan penyakit kulit dan risiko penyakit jantung serta jangkitan pada otak jika menggunakan ubat bius melebihi had," tegas Presiden ASPS, Dr. Malcom Roth yang menentang tindakan Valeria Lukyanova yang mengubah wajah dan bentuk badan persis boneka Barbie. Dia menyifatkan pembedahan plastik secara drastik membantutkan tumbesaran dan kematangan seseorang.

SUMBER : KOSMO

Wednesday, September 26, 2012

Wajah pengemis dibaham "zombie"

Rudy Eugene Ronald Poppo Miami Naked Cannibal Face



MIAMI - Malang bagi Ronald Popo, seorang pengemis yang telah menjadi mangsa kepada seorang "zombie". Wajah beliau kini dalam keadaan yang mengerikan akibat digigit secara rakus kejam oleh seorang penyerang yang bernama Rudy Eugene.

Tidak dapat dipastikan apakah motif Rudy Eugene membuat tindakan sedemikian rupa terhadap Ronald Popo. Seorang saksi mendakwa, Rudy mengigit muka Ronald dengan rakus sehingga menghancurkan muka beliau. Rudy kemudiannya mati ditembak oleh polis semasa kejadian itu berlaku.

Ronald Popo kini dalam keadaan yang agak kritikal. Keadaan wajah beliau amat merisaukan. Doktor yang merawatnya berkata, muka Ronald bukan sahaja rosak teruk malah mengalami jangkitan kuman yang agak serius.

Keadaan muka Ronald Popo yang mengerikan

Tuesday, September 25, 2012

Remaja mati selepas 40 jam bermain permainan komputer "Diablo 3"

diablo fan dies after playing for 40 hours 500x307 Teen Dies After 40 hour Diablo III Marathon picture

Seorang remaja Taiwan yang berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas bermain permainan komputer iaitu DIABLO III selama 40 jam.

Remaja yang dikenali sebagai Chuang, telah mula bermain permainan itu pada 13 Julai. Dia telah dijumpai oleh seorang pekerja kafe siber dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 15 Julai. Apabila pekerja tersebut cuba bangunkan remaja itu, remaja itu dapat sedarkan diri dan berjalan, lalu rebah tidak lama kemudian.

Dia kemudian segera dihantar ke hospital, namun dia mati sejurus selepas itu.

Pihak berkuasa berpendapat punca kematian Chuang disebabkan dia duduk terlalu lama dan bermain permainan tersebut sepanjang masa. Laporan lain juga menyebut dia tidak makan semasa bermain.

Pihak berkuasa juga ingin mengetahui minuman apa remaja itu ambil semasa 2 hari tersebut. Jika dia hanya mengambil minuman tenaga dan duduk dalam jangka masa yang panjang, ianya boleh dijadikan faktor kematiannya.



Nissin melancarkan Mee Segera sejuk.

cold instant noodles Japans Nissin to Launch Cold Instant Noodles picture

Selalunya, Mi segera enak dimakan semasa ianya masih panas. Tapi pernahkan anda mendengar mengenai Mi segera yang sejuk?

Sebuah syarikat pengeluar mee yang terkemuka di Jepun, telah memperkenalkan produk baru mereka iaitu mi segera sejuk dalam cawan.

Produk mi segera baru ini disediakan dengan mencampurkannya dengan air. Rasa mi segera ini dikatakan agak kenyal dan rasa masinnya dikurangkan.

Ianya dikeluarkan kerana respon terhadap cuaca terik di Jepun dan masalah bekalan elektrik yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

Mi segera sejuk ini juga boleh dijadikan alternatif kepada memasang penghawa dingin kerana ia dapat menyejukkan badan.

Rekod rambut gaya "mohawk" paling tertinggi di dunia

A Japanese designer has been crowned by the Guinness Book of World Records for having the tallest mohawk haircut in the world.

Seorang designer dari Jepun, Kazuhiro Watanabe telah berjaya memecah rekod kerana mempunyai gaya rambut "mohawk" yang paling tinggi di dunia.

Ketinggian rambut "mohawk"nya itu diukur dari hujung hingga kepala telah mencatatkan sepanjang 3 kaki dan 8.6 inci. Dengan gaya rambut sebegitu, Kazuhiro Watanabe layak mencatatkan satu rekod di Guiness Book of Record edisi 2013.

"Banyak usaha yang dilakukan, tetapi saya gembira kerana berjaya menjadi no.1 dalam dunia," ujar beliau kepada pemberita di sebuah majlis.

"Saya telah mengambil masa 15 tahun untuk menjaga rambut saya untuk mencapai saiz yang dilihat hari ini,"tambah designer yang berusia 40 tahun ini.

Kazuhiro Watanabe Tallest Mohawk in the World! picture

Sunday, September 23, 2012

‘Gadis api’ diajak cabar jin


KOTA BHARU – Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ‘gadis api’ di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.

Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Cucu kepada keluarga Zainab Sulaiman itu, bukan sahaja berharap supaya gangguan ini dapat dihindari dari keluarganya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat, malah, dia terpaksa pula hidup dalam ketakutan apabila gangguan itu semakin serius sehingga mampu mengancam nyawanya.

Sementara itu, kunjungan selama dua jam yang diketuai oleh pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie bersama 15 pembantunya mendapati keluarga tersebut tidak diganggu secara langsung oleh jin berkenaan tetapi hanya berlaku ke atas rumahnya.

“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.

“Bagaiman pun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya.

Sumber:Sinar

Wednesday, September 19, 2012

Sungai YangTze di China bertukar warna merah




Sungai YangTze yang terkenal di China, dimana ia mengalir sepanjang barat daya negara itu, telah bertukar menjadi warna merah-kemerahan.

Air daripada Sungai YangTze itu juga secara perlahan-lahan telah bercampur dengan air Sungai Jialin.

Pada tahun lepas, Sungai Jialin yang terletak di Bandar Louyang juga mengalami keadaan yang sama. Keadaan itu berlaku kerana dipercayai terdapat 2 bengkel pewarna yang haram telah membuang sisa-sisa ke dalam air sehingga terjadinya pencemaran.

Masyarakat disana membuat pelbagai spekulasi atas kejadian. Ada diantara mereka merujuk dengan kitab Bible dan mengatakan kejadian tersebut merupakan salah satu petanda hari Kiamat.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review