Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Maut dipijak gajah



GERIK: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui maut dalam keadaan menyayat hati apabila bahagian dadanya cedera parah akibat dipijak seekor gajah, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi di Felda Tawai 1, mangsa yang dikenali sebagai Ngatmin, 44, ditemui terbaring di ladang getah dengan dadanya cedera parah oleh seorang rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, siasatan awal polis turut menemui beberapa jejak dan kesan tapak kaki gajah di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Kami difahamkan, mangsa adalah pekerja kontrak Felda yang juga penoreh getah di ladang itu sejak 15 hari lalu.

“Kami menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan, termasuk pihak pengurusan ladang, supaya melaporkan segera kehadiran haiwan itu bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Skandal gambar Kate berterusan


LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.
Semalam, majalah gosip Denmark, Se og H�r menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.
Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.


Pengarang Se og H�r, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.


“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer. 

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og H�r. - DM



Sumber : Harian Metro

Thursday, September 27, 2012

Taikun tawar USD65 Juta kepada sesiapa yang berkahwin dengan anaknya yang lesbian








Hong Kong – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Tidak terkecuali ialah bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.
Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta (USD65 Juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.
Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.
“Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.
Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.
Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.
Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.
Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri.
Gigi Chao
Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian. – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Tidak terkecuali ialah bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.
Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.
Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.
“Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.
Gigi Chao
Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.
Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.
Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.
Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri.
Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.
Gigi Chao

Sumber: mynewshub

Wednesday, September 26, 2012

Wajah pengemis dibaham "zombie"

Rudy Eugene Ronald Poppo Miami Naked Cannibal Face



MIAMI - Malang bagi Ronald Popo, seorang pengemis yang telah menjadi mangsa kepada seorang "zombie". Wajah beliau kini dalam keadaan yang mengerikan akibat digigit secara rakus kejam oleh seorang penyerang yang bernama Rudy Eugene.

Tidak dapat dipastikan apakah motif Rudy Eugene membuat tindakan sedemikian rupa terhadap Ronald Popo. Seorang saksi mendakwa, Rudy mengigit muka Ronald dengan rakus sehingga menghancurkan muka beliau. Rudy kemudiannya mati ditembak oleh polis semasa kejadian itu berlaku.

Ronald Popo kini dalam keadaan yang agak kritikal. Keadaan wajah beliau amat merisaukan. Doktor yang merawatnya berkata, muka Ronald bukan sahaja rosak teruk malah mengalami jangkitan kuman yang agak serius.

Keadaan muka Ronald Popo yang mengerikan

Tuesday, September 25, 2012

Remaja mati selepas 40 jam bermain permainan komputer "Diablo 3"

diablo fan dies after playing for 40 hours 500x307 Teen Dies After 40 hour Diablo III Marathon picture

Seorang remaja Taiwan yang berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas bermain permainan komputer iaitu DIABLO III selama 40 jam.

Remaja yang dikenali sebagai Chuang, telah mula bermain permainan itu pada 13 Julai. Dia telah dijumpai oleh seorang pekerja kafe siber dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 15 Julai. Apabila pekerja tersebut cuba bangunkan remaja itu, remaja itu dapat sedarkan diri dan berjalan, lalu rebah tidak lama kemudian.

Dia kemudian segera dihantar ke hospital, namun dia mati sejurus selepas itu.

Pihak berkuasa berpendapat punca kematian Chuang disebabkan dia duduk terlalu lama dan bermain permainan tersebut sepanjang masa. Laporan lain juga menyebut dia tidak makan semasa bermain.

Pihak berkuasa juga ingin mengetahui minuman apa remaja itu ambil semasa 2 hari tersebut. Jika dia hanya mengambil minuman tenaga dan duduk dalam jangka masa yang panjang, ianya boleh dijadikan faktor kematiannya.



78 bot Taiwan ke Diaoyu

Sebahagian daripada 78 bot nelayan Taiwan, memulakan pelayaran ke gugusan kepulauan di Laut China Timur di pelabuhan Suao, daerah Ilan, timur laut Taiwan, semalam. - REUTERS

SUAO, Taiwan 24 Sept. - Jumlah kapal nelayan Taiwan yang belayar menuju ke gugusan kepulauan di Laut China Timur terus meningkat dalam usaha mereka mengukuhkan tuntutan ke atas pulau yang dikuasai Jepun yang turut dituntut China.

Kira-kira 78 buah bot nelayan Taiwan, hari ini memulakan pelayaran ke kepulauan tersebut ketika ketegangan di wilayah maritim itu semakin memuncak ekoran demonstrasi bantahan terhadap Jepun di sini berhubung tuntutan bertindih ke atas pulau itu, semalam.

Menurut sebuah kumpulan aktivis, flotila bot nelayan tersebut belayar dari pelabuhan Suao di daerah Ilan, timur laut Taiwan dan jumlah kapal menyertainya dijangka meningkat.

“Saya pasti, lebih banyak bot nelayan dari kawasan lain akan menyertai kami,’’ kata jurucakap Persatuan Nelayan Suao, Lin Cheng-an kepada AFP.

Jumaat lalu, sebuah kapal Taiwan menyertai kira-kira 12 kapal China belayar menuju pulau Uotsurijima untuk membuat bantahan di perairan berhampiran kepulauan yang dimiliki Jepun di Laut China Timur.
Tindakan kumpulan nelayan Taiwan itu bagi memperlihatkan tuntutan negara ini ke atas kepulauan yang tidak berpenghuni itu yang dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun, terletak kira-kira 400 kilometer dari ibu negeri Okinawa, Naha dan 200 kilometer dari Taiwan.

“Oleh itu, kami berjanji untuk melindunginya walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa,’’ kata Pengerusi Persatuan Nelayan Suao, Chen Chun-sheng.

Menurut Cheng-an, flotila bot nelayan Taiwan itu dijangka tiba di pulau-pulau berkenaan esok dan akan belayar di dalam zon wilayah sekitar 12 batu nautika, mengelilingi pulau-pulau tersebut. - AFP


Sumber : Utusan Online

Monday, September 24, 2012

Gambar artis lucah pada buku latihan sekolah


JAKARTA 24 Sept. - Pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.

"Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka," kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan kepada Jakarta Post. - DPA


Sumber : Utusan Online


Sunday, September 23, 2012

Najib tiba di Brunei untuk hadiri perkahwinan Diraja

Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini - Foto Bernama


Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini - Foto Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena perkahwinan anakanda Sultan Brunei Darussalam, malam ini.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 5 petang tadi disambut Menteri Tenaga Brunei Darussalam Pehin Dato Dr Mohammad Yasmin Umar dan Menteri Luar dan Perdagangan Kedua negara berkenaan Pehin Datuk Lim Jock Seng.

Sejurus tiba di hotel penginapannya, Najib disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Abdullah Sani Omar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman sempena perkahwinan puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Muhammad Ruzaini yang dijadual 8 malam ini.

Istiadat persandingan mempelai diraja itu berlangsung penuh meriah dan beradat pagi tadi selepas diijabkabul pada Khamis. - Bernama

Wednesday, September 19, 2012

Sungai YangTze di China bertukar warna merah




Sungai YangTze yang terkenal di China, dimana ia mengalir sepanjang barat daya negara itu, telah bertukar menjadi warna merah-kemerahan.

Air daripada Sungai YangTze itu juga secara perlahan-lahan telah bercampur dengan air Sungai Jialin.

Pada tahun lepas, Sungai Jialin yang terletak di Bandar Louyang juga mengalami keadaan yang sama. Keadaan itu berlaku kerana dipercayai terdapat 2 bengkel pewarna yang haram telah membuang sisa-sisa ke dalam air sehingga terjadinya pencemaran.

Masyarakat disana membuat pelbagai spekulasi atas kejadian. Ada diantara mereka merujuk dengan kitab Bible dan mengatakan kejadian tersebut merupakan salah satu petanda hari Kiamat.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review