Showing posts with label Hiburan Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Tempatan. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Tercalon MTV EMA 2012, Yuna Tidak Berharap Menang



KUALA LUMPUR, 21 SEPT 2012: Sudah semestinya penyanyi wanita ini diburu wartawan mengenai status terbarunya yang kini solo, namun Yunalis Zarai atau Yuna ketika ditemui nyata tetap kelihatan tenang menerima keputusan tersebut, apatah lagi bila berpisahannya dengan pengacara Qi Razali adalah disebabkan kerana komitmen serta mahu menumpukan perhatian terhadap karier seni masing-masing.

Lebih-lebih lagi Yuna sendiri. Banyak perkara yang perlu ditumpukannya dan banyak tugas yang perlu dilaksanakannya setelah dia melebarkan kerjaya nyanyian serta seni muziknya di luar negara.

Paling utama, bila dia tercalon dalam Best Asian Act untuk MTV European Music Awards yang akan berlangsung pada November ini. Tetapi penyanyi ini dilihat tidak menaruh harapan untuk menang atau meraih anugerah di dalam majlis anugerah tersebut kerana baginya calon peserta lain nyata lebih hebat.

"Sudah semestinya saya teruja dengan pencalonan ini dan ia luar daripada jangkaan saya. Ini mungkin disebabkan saya sering bekerjasama dengan MTV dan mereka sudah mengenali saya.

"Namun begitu saya tidak menaruh harapan untuk berjaya membawa pulang trofi tersebut kerana pencalonan yang lain pula hebat-hebat. Tetapi terpilih untuk dicalonkan sudah cukup membuatkan saya gembira.

"Perkara seperti ini adalah peluang yang sangat baik dan memberikan semangat untuk saya berusaha lebih mengembangkan karier dan berharap dapat mengharumkan nama Malaysia,"tambahnya lagi yang tidak akan hadir untuk anugerah tersebut kerana akan berada di tanahair untuk pelbagai lagi acara muzik disini.

Bercerita mengenai perkembangan terkininya,Yuna bakal berlepas pulang ke Amerika Syarikat tidak lama lagi. Buat masa akan datang ini dia akan banyak dilihat membuat siri jelajah dan mempromosikan lagu-lagunya di stesen radio.

"Memandangkan musim sekarang ini musim luruh jadi jadual saya akan dipenuhi dengan siri jelajah ke seluruh Amerika Syarikat. Saya juga akan banyak membuat persinggahan ke stesen radio bagi mengadakan pertemuan dengan mereka sebagai langkah promosi album saya.

"Pada November saya akan kembali ke tanahair untuk konsert Homecoming Yuna dan pelbagai lagi acara muzik disini seperti Urbanscapes dan AIM, jadi mungkin saya akan menumpukan kepada latihan untuk memberikan persembahan yang terbaik,"tambah penyanyi yang tinggi lampai yang sudah banyak menyertai festival muzik antaranya Loolapalooza.

Sumber: Murai

Shila Amzah Terima Dana Lebih RM1 Juta



SHANGHAI, 21 SEPTEMBER 2012: Selain mengharumkan nama negara, juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, turut membawa pulang dana bernilai lebih RM1 Juta.

Menjelaskan mengenai hadiah berkenaan, Shila yang dihubungi murai.com.my sebentar tadi memberitahu, wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China.

"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.

"Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.

"Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan.

"Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat," katanya kepada murai.com.my.

Bakal pulang ke tanah air pada 26 September ini, Shila tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya.

"Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan.

"Bagaimanapun, melihat dari penjurian juri profesional, pihak media China dari awal lagi telah meletakkan Shila sebagai juara.

"Setakat ini, Shila mendapat pelbagai tawaran di sini. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara.

"Sesungguhnya, Shila mendapat masa yang gemilang di sini.

"Shila lebih bersyukur apabila Shila lebih dikenali kerana Shila satu-satunya peserta yang memakai tudung.

"Semua pihak di sini menerima Shila dengan baik dan tidak wujud perasaan dengki sama sekali," jelasnya.

Bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September ini, Shila memberitahu banyak perkara baru dipelajarinya sepanjang pertandingan.

"Juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menyanyi di India.

"Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menempah saya untuk menyanyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan. Terus-terang, Shila sangat gembira.

"Disebabkan semua tawaran ini, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China," ujarnya.

Sumber: Murai

Thursday, September 20, 2012

Erma Fatima Jawab Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah


Hari ini merupakan episod terakhir drama Kau Yang Terindah. Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai. Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.
drama kau yang terindah
Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.
drama kau yang terindah
Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review