MIRI, 24 SEPT 2012: Orang ramai yang berusia 40 tahun ke atas dan masih bergiat aktif dalam sukan
bola sepak dipelawa menyertai pertandingan bola sepak Liga Coneli pada 13 hingga 30 Disember depan.
Jurucakap pertandingan, Lee Jong Soon berkata pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia
dan rakyat negara asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Menurutnya, hanya pemain yang berusia 40 tahun dan ke atas sahaja iaitu lahir pada 1972 secara automatik
layak untuk menyertai pertandingan itu.
Pertandingan itu ditaja khas oleh Popular Champion Sdn. Bhd. (CONELI). Tarikh tutup untuk menghantar
borang pendaftaran ialah pada jam 5 petang pada 8 Oktober depan.
Semua perlawanan akan diadakan di Stadium Miri dan Padang Bandaraya Miri. Manakala cabutan undi
akan dilakukan pada 9 Oktober ini, jam 8 malam di Stadium Terbuka Miri.
Johan akan menerima sebuah Piala Coneli bersama sebuah piala iringan, medal bersama wang tunai
RM3,000.
RM3,000.
Naib juara pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, sebuah piala dan medal. Penjaring
terbanyak, pemain terbaik, pengurus terbaik dan penjaga gol terbaik masing-masing bakal menerima hadiah
berupa sebuah piala.
Sebarang keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh menghubungi City Sport Miri di talian
085-422333 atau 012-8041199.
Sumber : UTUSAN BORNEO