Sunday, September 23, 2012

Lapan pasukan berentap dalam karnival IPT Mukah



MUKAH, 29 SEPT 2012 : Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bahagian Mukah

 berlangsung di Politeknik Mukah, baru-baru ini.


Karnival julung kali itu disertai empat institusi yang terdapat di Mukah iaitu UiTM Sarawak Kampus Mukah, Politeknik 

Mukah, GIATMARA Mukah dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah.


PPKS Mukah turut menghantar dua pasukan menyambut baik karnival yang dianjurkan bersama antara UiTM Kampus 

Mukah dan Politeknik Mukah.


Selain mengeratkan silaturrahim antara institusi-institusi yang terdapat di Mukah, karnival itu turut menggalakkan para 

pelajar/pelatih agar aktif dalam bidang sukan sekali gus mencungkil bakat-bakat baharu dalam bola sepak,” kata 

pelatih program Juruteknik Elektrik PPKS Mukah B, Abang Mohd Hasbullah.


Baginya, PPKS Mukah akan memberikan saingan sengit kepada kesemua pasukan yang bertanding.


Karnival itu dibahagikan kepada dua kumpulan, menyaksikan Politeknik Mukah B, Giatmara Mukah, PPKS Mukah B dan 

UiTM Sarawak Kampus Mukah B dalam Kumpulan 1.


Manakala Kumpulan 2 pula terdiri daripada Politeknik Mukah A, PPKS Mukah A, Pasukan Perpaduan dan UiTM Sarawak 

Kampus Mukah A.


Pasukan Perpaduan merupakan gabungan kakitangan keempat-empat institusi yang menyertai karnival tersebut.


Karnival anjuran bersama UiTM Sarawak Kampus Mukah dan Politeknik Mukah itu akan berlangsung selama empat hari.


Sumber : Utusan Borneo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review