Tuesday, September 25, 2012

Terry bersara


LONDON: John Terry akhirnya menamatkan karier bersama England yang sering dibayangi kontroversi semalam apabila pemain pertahanan Chelsea itu mengumumkan akan bersara daripada kancah bola sepak antarabangsa.

Pemain berusia 31 tahun itu yang mewakili England 78 kali sejak 2003 dan turut beraksi dalam dua Piala Dunia mengumumkan tidak akan mewakili pasukan kebangsaan selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Bola Sepak England (FA) terhadapnya.

Terry membuat keputusan itu sebelum perbicaraan tribunal FA atas tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman ke atas pemain pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand pada perlawanan Liga Perdana, Oktober lalu meskipun dibebas mahkamah Julai lalu.

“Saya bersara dari bola sepak antarabangsa,” kata bekas kapten England itu. “Saya berterima kasih kepada pengurus England yang memilih saya sebanyak 78 kali.

“Saya gembira kerana diberi penghormatan berkongsi pengalaman itu dengan pemain hebat pasukan ini. Saya juga berterima kasih kepada penyokong dan keluarga kerana memberi sokongan dan galakan sepanjang beraksi di pentas antarabangsa.


“Peluang menjadi kapten dan pengalaman itu yang saya impikan sejak kecil adalah satu penghormatan besar. Saya memberikan aksi terbaik dan keputusan ini sukar buat saya.” Andai Terry didapati bersalah, dia mungkin berdepan hukuman berat seperti yang diterima bintang Liverpool, Luis Suarez musim lalu.

Atas sebab itu, dia berasa FA meletakkan dirinya dalam situasi sukar.

“Saya membuat kenyataan ini sebelum perbicaraan kes disiplin oleh FA kerana berasa tindakan FA meneruskan dakwaan meskipun sudah dibebas mahkamah menyebabkan saya sukar mempertahankan kedudukan dalam skuad kebangsaan,” kata Terry yang kali terakhir bersama England pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Moldova, awal bulan ini.


Terry yang dilahirkan di timur London menghabiskan sepanjang karier dengan Chelsea sejak menyertai kelab itu pada usia 14 tahun. - Reuters




Sumber : myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review