KUALA LUMPUR - Kira-kira 10,000 anak Sarawak yang menuntut dan bertugas di Semenanjung dijangka menghadiri program tahunan 'Lan Berambeh' atau 'Jom Berhimpun Anak Sarawak' yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam esok.
Pengerusi majlis tersebut Datuk Norah Abdul Rahman berkata program yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS) tanpa mengenakan sebarang bayaran itu adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama anak Sarawak di Semenanjung, selain beramah mesra dengan pemimpin peringkat negeri dan persekutuan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menjadi tetamu khas pada majlis itu, kata Anggota Parlimen Tanjung Manis itu kepada Bernama di sini.
Beliau berkata majlis itu akan bermula jam 7.30 malam dan para tetamu akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa Sarawak termasuk Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak selain dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan antarabangsa.
Norah berkata sempena Lan Berambeh, pihaknya juga akan mengadakan program 'Career Drives Anak Sarawak 2012' di Dewan Tun Razak 4, PWTC bermula dari jam 2.30 petang yang akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.
Beliau berkata program itu bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada lebih 2,000 graduan Sarawak mengenai pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak dan Hab Halal Tanjung Manis serta peluang kerjaya yang ditawarkan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi 018-3778477 (Rafique), 019-2309192 (Awang Supian), 012-3033206 (Kho), 03-26923782 (Rumah Sarawak KL), 03-21457371 (Yayasan Sarawak KL) atau melayari Facebook Persatuan Anak Sarawak Semenanjung.- Bernama