Sunday, September 23, 2012

Najib tiba di Brunei untuk hadiri perkahwinan Diraja

Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini - Foto Bernama


Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini - Foto Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena perkahwinan anakanda Sultan Brunei Darussalam, malam ini.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 5 petang tadi disambut Menteri Tenaga Brunei Darussalam Pehin Dato Dr Mohammad Yasmin Umar dan Menteri Luar dan Perdagangan Kedua negara berkenaan Pehin Datuk Lim Jock Seng.

Sejurus tiba di hotel penginapannya, Najib disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Abdullah Sani Omar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman sempena perkahwinan puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Muhammad Ruzaini yang dijadual 8 malam ini.

Istiadat persandingan mempelai diraja itu berlangsung penuh meriah dan beradat pagi tadi selepas diijabkabul pada Khamis. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review