Saturday, September 29, 2012

FAS rantai Joseph, Ronny lanjut kontrak Alberts

KUCHING: Desas-desus mengenai perpindahan Joseph Kallang Tie ke Sarawak terjawab semalam apabila Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah mengesahkan pemain kebangsaan itu akan menyarung jersi Sarawak bagi musim depan. Presidennya, Datu Sudarsono Osman berkata pihaknya telah mencapai persetujuan dengan pengurusan Terengganu bagi membolehkan Joseph kembali beraksi dengan skuad Ngap Sayot bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia 2013. “FAS dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Joseph (Kallang) akan beraksi untuk Sarawak pada musim depan. Ini berita gembira untuk seluruh peminat pasukan Sarawak dalam misi mengembalikan maruah pasukan kita dalam kancah Liga Perdana 2013 nanti,” katanya pada sidang media di Stadium Negeri, di sini...

Spurs tamat kemarau kemenangan di Old Trafford

MANCHESTER 30 Sept. - Tottenham Hotspur menamatkan penantian 23 tahun untuk mencipta kemenangan di Old Trafford apabila bergaya menewaskan Manchester United di gelanggang keramat mereka 3-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal hari ini. Gol-gol jaringan Jan Vertonghen, Gareth Bale dan Clint Dempsey memberikan mata berharga buat kelab itu yang kini di bawah bimbingan pengurus Andre Villas Boas. Kelab London itu naik ke tangga kelima liga manakala United pula turun ditangga ketiga, empat mata di belakang pendahulu Chelsea. - AFP Sumber : Utusan Malaysia ...

Chelsea lebur rekod Arsenal

Fernando Torres LONDON - Chelsea mengekalkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meleburkan rekod tanpa kalah Arsenal dengan kemenangan 2-1 di Stadium Emirates, semalam. Dalam pertembungan Battle Of London itu, pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny menjadi watak penting kepada kekalahan pasukannya apabila melakukan dua kesilapan yang membuka ruang kepada dua gol Chelsea yang dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-20 dan Juan Mata, minit ke-53. Koscielny gagal mengekang Torres pada situasi sepakan percuma apabila langsung tidak melihat bola yang diambil oleh Mata sebelum penyerang antarabangsa Sepanyol itu mudah menolak masuk ke dalam gawang Arsenal. Serangan bertali arus Arsenal...

Amukan Suarez julang Liverpool

Luis Suarez (kanan) melompat meraikan jaringan gol menentang Norwich City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Carrow Road, semalam. Liverpool menang 5-2. - AFP NORWICH - Ledakan hatrik Luis Suarez membantu Liverpool meraih kemenangan pada musim ini selepas lima perlawanan apabila penuh bergaya membenam Norwich 5-2 di Carrow Road dalam Liga Perdana Inggeris, semalam. The Reds telah memberikan amaran seawal minit kedua perlawanan lagi apabila meraih gol hasil rembatan Suarez dari luar kotak penalti yang terus menerjah ke penjuru kiri pintu gol Norwich sebelum menambah jaringan kedua pada minit ke-38. Sebaik dua minit separuh masa kedua bermula, Liverpool terus mengukuhkan cengkaman melalui pemain pinjaman Real Madrid, Nuri Sahin...

Maut dipijak gajah

GERIK: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui maut dalam keadaan menyayat hati apabila bahagian dadanya cedera parah akibat dipijak seekor gajah, pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 pagi di Felda Tawai 1, mangsa yang dikenali sebagai Ngatmin, 44, ditemui terbaring di ladang getah dengan dadanya cedera parah oleh seorang rakan sekerjanya. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, siasatan awal polis turut menemui beberapa jejak dan kesan tapak kaki gajah di lokasi kejadian. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. “Kami difahamkan, mangsa adalah pekerja kontrak Felda yang juga penoreh getah di ladang itu sejak 15 hari lalu. “Kami menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan,...

Lelaki dayus

KUALA LUMPUR: “Suami yang tidak marah, malah merelakan isteri melakukan pekerjaan maksiat dan haram di sisi agama, adalah lelaki dayus. Dalam Islam, lelaki dayus tidak boleh masuk syurga,” kata penceramah bebas, Zawiyah Hassan. Beliau yang juga mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sungguhpun suami meredai kerja isteri, ia tetap tidak berguna jika pekerjaan itu jelas melanggar hukum Allah. “Suami sepatutnya mendidik isteri menjadi lebih baik, baru rumah tangga diberkati Allah. Setiap orang Islam perlu sedar, sebagai hamba, kita diikat dengan peraturan ditetapkan Allah, namun yang dilihat kini, semakin ramai mempermainkan perintah-Nya. “Jiwa orang...

Tindakan tegas pengusaha naikkan harga makanan

Seorang pelanggan kedai runcit di Georgetown, Pulau Pinang memerhatikan harga baru gula RM2.50 sekilogram yang akan dikuatkuasakan seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2013, kelmarin. - BERNAMA KUALA LUMPUR 29 Sept. - Tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha restoran atau kedai makan yang menaikkan harga makanan dan minuman susulan pengumuman pengurangan subsidi gula dalam Bajet 2013 semalam. Koordinator Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM),Wan Noor Ab. Rahman berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan memantau premis-premis yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. "Saya yakin selepas pengumuman bajet semalam, akan ada restoran atau kedai makan menaikkan...

Skandal gambar Kate berterusan

LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis. Semalam, majalah gosip Denmark, Se og H�r menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis. Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam. Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu. Pengarang Se og H�r, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah...

RM6,000 seminggu

KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’. Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran. Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan...

Friday, September 28, 2012

Pengadil punca kekalahan

KESAL: Daud tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Kickalob sekadar menduduki tempat keempat dalam Piala Borneo KUCHING: Keputusan tidak munasabah pengadil perlawanan menjadi punca kekalahan pasukan Kicka­lob dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antara­bangsa Borneo 2012 yang berakhir di Sabah, Selasa lalu. Kickalob sekadar men­duduki tempat keempat setelah menarik diri pada per­lawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kategori bawah 16 tahun menentang Akademi Bola Sepak Tudan Baru. Kejohanan anjuran be­kas penyerang Sabah, Scott Ollerenshaw itu dimenangi oleh pasukan dari Australia manakala tempat kedua dis­andang pasukan TABS dari Kota Kinabalu. Pengerusi Kickalob Daud Aba berkata beberapa kepu­tusan pengadil...

Rooney sudah sedia kembali

Manchester: Alex Ferguson boleh memanggil semula Wayne Rooney untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Manchester United melayan kunjungan Tottenham Hotspur di Old Trafford, hari ini.  Tetapi krisis benteng pertahanan menimbulkan kerisauan pengendali veteran itu yang minggu lalu berharap tiga pertahanan tengah senior - Rio Ferdinand, Jonny Evans dan Nemanja Vidic - bebas daripada kecederaan selepas Chris Smalling dan Phil Jones masih dalam proses pemulihan. Bagaimanapun, hanya beberapa hari selepas itu, Ferguson kehilangan Vidic untuk lapan minggu selepas kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan dan United yang kini di tangga kedua kehilangan tiga daripada lima bek tengah senior mereka akibat kecederaan jangka panjang.  Villas-Boas...

Chelsea kayu pengukur Arsenal

London: Arsene Wenger percaya pertemuan dengan Chelsea di Emirates hari ini akan menentukan sama ada Arsenal memiliki ramuan atau tidak untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Pertemuan dua seteru London itu bertambah hangat dengan kekecewaan kapten Chelsea, John Terry yang didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana menghina pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.  Terry digantung empat perlawanan dan denda 220,000 (RM1.1 juta) tetapi hukuman ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan dan pemain pertahanan tengah itu masih boleh beraksi bertemu Gunners.  Bagaimanapun pengendali Arsenal, Wenger menegaskan, pemainnya harus mengabaikan masalah Chelsea dan...

Tentera gagal cari bekal selesa

Marteloto (kiri) diasak pemain Negeri Sembilan, Idris Karim pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam tadi. - Foto Owee Ah Chu Kuala Lumpur: Juara Liga Perdana, Tentera mencipta kejutan selepas merekodkan kemenangan tipis 3-2 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.  Di babak pertama, permainan cukup seimbang dan minit ke-13, Negeri Sembilan hampir mendahului perlawanan namun tolakan K Thanaraj menuju tepat ke tiang gol tuan rumah sebelum dikeluarkan pertahanan Tentera.  Anak buah B Sathianathan kembali memperkemaskan serangan dan hampir menemui jaringan tetapi rembatan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-22...

Thursday, September 27, 2012

27 rekaan kad kredit yang unik

Ada diantara kita menggunakan kad kredit sebagai alternatif kepada tunai untuk menjalankan urusan jual beli. Faktor-faktor yang menyebabkan mereka menggunakan kad kredit adalah kerana ianya memudahkan urusan jual beli, membolehkan mereka "berhutang" terlebih dahulu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dan sebagainya. Syarikat-syarikat kewangan yang menawarkan kad kredit kepada pengguna menggunakan pelbagai strategi untuk menarik pelanggan mereka. Ada di antara mereka menawarkan kadar faedah yang menarik, tempoh masa yang panjang untuk pembayaran balik dan sebagainya. Tetapi ada juga syarikat yang terlebih kreatif dengan menawarkan kad kredit yang mempunyai corak reka bentuk yang unik untuk menarik perhatian pelanggan. ...

Video: SYABAS vs SELANGOR

Tonton video mengenai isu Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS. Sama-samalah kita menilainya. ...

Manchester City tersingkir

LONDON - Penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan yang berada pada prestasi terbaik, Everton tersingkir daripada Piala Liga selepas pengurus kedua-dua kelab melakukan perubahan besar dalam kesebelasan utama ketika menghadapi perlawanan pusingan ketiga semalam. City tewas 2-4 kepada Aston Villa selepas masa tambahan dengan menurunkan skuad yang sama sekali berbeza ketika seri 1-1 dengan Arsenal Ahad lalu. Everton pula yang melakukan enam pertukaran pemain, kecundang 1-2 kepada kelab divisyen dua, Leeds United. Chelsea turut membuat perubahan barisan pemain semalam, tetapi masih diketuai John Terry dan berjaya melangkah ke pusingan keempat apabila melakar kemenangan 6-0 ke atas Wolverhampton Wanderers...

Pandelela tidak sabar ke UM

KEJAYAAN MANIS: Gambar fail menunjukkan Pandelela meraikan kejayaannya memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London baru-baru ini. — Gambar AFP KUCHING: Kesibukan latihan harian tidak akan menghalang fokus ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg terhadap pengajiannya yang akan bermula tahun depan. Sebaliknya, beliau semakin bersemangat untuk memulakan hidup baharu sebagai atlet dan pelajar. Ketika dihubungi semalam, Pandelela berkata fokusnya kini adalah memperbaiki pencapaiannya dalam ranking dunia dan menamatkan pengajian dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya (UM). “Rutin harian saya akan lebih sibuk bermula tahun depan dengan latihan dan pengajian. Namun, saya yakin...

Nahas helikopter masih disiasat

KUCHING: Punca nahas helikopter di muara Sungai Teriso berdekatan Sebuyau Julai lalu kini masih dalam siasatan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Menurut beliau pihaknya hanya menerima laporan awal mengenai siasatan sementara siasatan akhir masih dijalankan. “Buat masa ini, maklumat siasatan yang diterima menyatakan cuaca buruk kemungkinan menjadi punca nahas pesawat Eurocopter EC120. “Antara aspek yang disiasat termasuk asal helikopter, pemilik pesawat selain hala tuju penerbangan dan punca sebenar menyebabkan nahas,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di...

AirAsia tubuh akademi badminton

PETALING JAYA - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia milik Tan Sri Tony Fernandes, terus memainkan peranannya dalam pembangunan sukan tanah air, terbaru dengan penubuhan Akademi Badminton AirAsia (AABA). AirAsia selama ini telah pun menjalankan beberapa inisiatif dan antara paling berjaya pastinya melahirkan pelumba Moto3, Zulfahmi Khairuddin, yang kini tergolong sebagai penunggang terkemuka dalam kategori berkenaan. Kini, Tony dengan kerjasama bekas pemain negara, Jason Lim Tat Liong berhasrat mencari permata badminton negara untuk diasah menjadi 'Lee Chong Wei' baru. "AirAsia sentiasa aktif terlibat dalam pembangunan belia dan sukan. Salah satu contoh terbaik pastinya peranan kami dalam membantu Zulfahmi Khairuddin...

Tiga pelajar Nigeria ditahan, syabu bernilai RM400,000 dirampas

(gambar hiasan) GEORGETOWN 27 Sept. - Polis menahan tiga pelajar Nigeria dan merampas dua kilogram syabu bernilai kira-kira RM400,000 di Pangsapuri Widuri, Butterworth Selasa lepas. Turut dirampas ialah mata wang tempatan dan dolar Amerika yang keseluruhan bernilai RM34,000. Sebuah kereta Proton Saga juga disita. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bertindak dari hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan anggota dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menyerbu rumah itu pada pukul 2.30 petang dan menahan tiga pelajar kolej swasta berkenaan yang berusia antara 24 dan 32 tahun. "Dua dari mereka belajar di negeri ini dan seorang lagi belajar di Kuala Lumpur dan hasil semakan dengan Jabatan...

Isu jet: Tanya pihak berkuasa, kata Tian Chua

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu. Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan.”Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: “Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.Beliau berkata demikian kepada pemberita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review